Spekulasi Kad Grafik Terbaru AMD siri R9 300

Telah lama kita dihidangkan dengan rumor mengenai kad grafik terbaru oleh AMD, siri R9 300 yang memadatkan penggunaan teknologi yang baharu iaitu HBM (High Memory Bandwith). Hari demi hari kita semakin jelas dengan spesifikasi yang akan dikeluarkan dengan pelbagai sumber-sumber yang dijumpai.

Kad R9 390 dan R9 380 sudah pasti akan muncul di pasaran pada Q2 2015 (bermula pada April sehingga Jun 2015) dengan kod nama Fiji dan Grenada, tarikh tepat kad ini tiba di pasaran? Masih belum ada jawapan yang pasti.

Menurut gambar di bawah kita sudah pasti bahawa R9 380 menggunakan cip yang sama seperti di R9 290 manakala cip yang digunakan pada R9 285 akan digunakan pada R9 370. Ini bermakna kedua-kedua cip ini akan digunakan dengan kejuruteraan arkitektur yang sama tetapi akan ditala supaya lebih efisien dari segi prestasi, kegunaan kuasa, suhu, kestabilan dan ciri-ciri baharu.

a94073f0660c4a5ab2a4c76d9f0e0767

Bersediakah anda dengan kehadiran teknologi yang baharu yang lebih canggih? Penantian hampir berakhir.

Sumber : MyDrivers