TechSemut Malaysia

Spesifikasi Dan Gambar Render Samsung Galaxy J5 (2017) Tertiris

Spesifikasi Dan Gambar Render Samsung Galaxy J5 (2017) Tertiris

Spesifikasi Dan Gambar Render Samsung Galaxy J5 (2017) Tertiris
Mei 17
09:12 2017

Samsung Galaxy J5 (2017)

Setiap tahun Samsung akan mengemaskini model-model smartphone utama mereka yang merangkumi siri Galaxy J, A, S, Note dan sebagainya. Bagi yang menunggu peranti pertengahan dari Samsung, ada berita baik untuk anda dimana Samsung dijangka akan melancarkan siri Samsung Galaxy J untuk versi 2017 di Eropah pada bulan Jun ini.

Terbaru, spesifikasi awal dan gambar render untuk Samsung Galaxy J5 (2017) juga telah tertiris di internet. Bedasarkan gambar yang tertiris, Galaxy J5 (2015) akan membawakan rekaan yang lebih elegan berbanding generasi sebelum ini dengan sisi bezel yang nipis serta lapisan skrin 2.5D di bahagian hadapannya.

Samsung dijangka akan mengekalkan saiz skrin pada model baru ini dimana Galaxy J5 (2017) bakal hadir dengan paparan 5.2 inci Super AMOLED dengan resolusi HD 720P. Kedua-dua kamera bahagian hadapan dan belakang akan menggunakan sensor 13 Megapixel dengan aperture F1.7 untuk lensa utama dan F1.9 bagi lensa selfie.

Samsung Galaxy J5 (2017)

Di bahagian dalamnya, Galaxy J5 (2017) di kuasai oleh pemproses  Exynos 7870 Octa-Core lengkap dengan 2 GB RAM dan 16 GB memori dalaman. Slot microSD juga akan turut disediakan bagi yang inginkan memori tambahan. Fungsi lain yang hadir termasuk pengimbas cap jari, sokongan LTE dan sebagainya.

Samsung Galaxy J5 (2017) sedia dipasang dengan Android 7.0 Nougat. Ia dijangka akan di perkenalkan di Eropah pada Jun ini bersama Galaxy J3 dan J7 versi 2017. Untuk harganya dijangka sekitar €279 atau bersamaan RM1350.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com