Huawei Mate X2 dijangka menjadi pewaris Huawei yang seterusnya untuk siri peranti boleh-lipat mereka. Peranti ini juga sebelum ini pernah tertiris dalam imej sebenar. Tidak lama kemudian, tarikh pelancaran untuk peranti ini turut dilaporkan ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Dalam perkembangan terkini, spesifikasi khusus Huawei Mate X2 pula tertiris sepenuhnya. Menurut perkongsian Digital Chat Station, Huawei Mate X2 menggunakan cip yang sama dengan Huawei Mate40 dan Mate40 Pro iaitu Kirin 9000. Seterusnya, peranti ini juga dipercayai dilengkapi rekaan boleh-lipat kedalam. Melaluiya, peranti ini dikatakan akan menawarkan skrin menyeluruh 8.01-inci dengan resolusi resolusi 2480 x 2200 piksel apabila dibuka. Kemudiannya, skrin bersaiz 6.45-inci dengan resolusi 2700 x 1160 piksel apabila dilipat.

Seterusnya, Huawei Mate X2 juga dikhabarkan hadir dengan sokongan kamera hadapan 16-Megapixel, kuad-kamera utama dengan konfigurasi 50-Megapixel + 12-Megapixel + 2-Megapixel + 8-Megapixel (dikatakan turut menawarkan sokongan zum sehingga 10X), menjalankan Android 10, bateri berkapasiti 4,400mAh bersama pengecasan pantas 66W dan berat sekitar 295 gram.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.