Nokia sedia hadir dengan penawaran Nokia 1.3 sebelum ini yang dilengkapi sokongan Android Go bersama bateri boleh ditanggal. Kini terdapat laporan mendakwa jenama ini dalam perancangan untuk meneruskan legasi dengan memperkenalkan pewaris seterusnya yang mungkin dikenali sebagai Nokia 1.4.

Nokia 1.3

Spesifikasinya juga dipercayai telah tertiris sepenuhnya. Ia dipercayai menggunakan paparan bersaiz 6.51-inci LCD dengan resolusi HD+. Rekaan untuk panel hadapannya bagaimanapun masih belum didedahkan. Seterusnya, ia juga dikhabarkan dilengkapi memori 1GB RAM, storan dalaman 16GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Butiran berkaitan cip pemproses masih belum dikongsi secara khusus, namun ia dikatakan hadir dengan cip empat teras berkelajuan sehingga 1.3GHz. Sumber menyasarkan ia berkemungkinan besar cip yang sama diguna pakai pada Nokia 1.3 sebelum ini. Ia bagaimanapun, ia masih di peringkat spekulasi awal semata-mata

Kemudian, konfigurasi kamera terdiri dengan sokongan dwi-kamera utama sebesar 8-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuk sistem operasi Android 10, sokongan 4G, bluetooth 4.2, bicu audio 3.5mm dan dua pilihan warna berbeza iaitu Blue serta Grey. Namun begitu, Nokia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.