Spesikasi HTC U 11 Tertiris – Diperkasakan Snapdragon 835

Peranti utama HTC U 11 akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mei hadapan. Tetapi rekaannya dan fungsi unik kerangka yang mengesan tekanan telahpun tertiris. Hari ini spesifikasi penuh HTC U 11 tertiris melalui rekaan kotak.

HTC U 11 dilengkapi skrin 5.5″ QHD dengan Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 835, RAM 6 GB dan storan 128 GB (sokongan kad MikroSD sehingga 2 TB). Kamera utama sebesar 12-Megapixel Ultrapixel 3 f/1.7 dengan sokongan OIS dan kamera hadapan 16-Megapixel f/2.0. Ia mengesahkan sistem mengesan tekanan pada bingkai Edge Sense serta piawaian kalis air IP57.  Bateri sebesar 3000 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Spesifikasi yang menarik kecuali saiz bateri yang kami rasakan agak kecil.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.