Spotify Kini Akhirnya Boleh Dikawal Menggunakan Siri

Awal Mac lalu Spotify menuduh Apple tidak berlaku adil kerana mengehadkan kawalan siri hanya untuk Apple Music. Bagi mendapatkan keadilan, laporan telah difailkan oleh Spotify kepada Suruhanjaya Kesatuan Eropah. Nampaknya isu ini telah selesai selepas Spotify kini boleh dikawal sepenuhnya menggunakan Siri.

Menerusi kemas kini Spotify versi 8.5.26 hari ini, pengguna iOS dan iPadOS boleh mengawal kesemua fungsi Spotfy dengan pembantu maya peranti mereka. Pada waktu yang sama Spotify kini juga menyokong mod penggunaan data rendah yang diperkenalkan pada iOS 13 dan juga boleh dipasang pada Apple TV, dimainkan pada HomePod dan sokongan CarPlay,

Kesemua ini dapat dilakukan kerana penggunaan SiriKit yang diperkenalkan oleh Apple. Kemas kini hari ini mengesahkan laporan kerjasama di antara Apple dan Spotify yang kami laporkan Ogos yang lalu,

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.