Spotify Memperlihatkan Sokongan Lirik Kepada 26 Negara – Termasuk Malaysia

Jika anda seperti saya, dan melanggan Spotify untuk mendengar dendangan lagu tempatan dan antarabangsa setiap hari, perkhidmatan penstriman muzik tersebut baru mengumumkan sokongan untuk bacaan lirik tidak lama lagi.

Spotify pernah hadir dengan sokongan ini beberapa tahun yang lalu, tetapi kini nampaknya akan mula menyambungnya bermula hari ini di 26 negara, termasuk Malaysia.

25 negara lain yang akan menerima sokongan ini termasuklah Argentina, Brazil, Colombia, Chile, Mexico, Peru, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Guatemala, Honduras, India, Nicaragua, Panama, Paraguay, El Salvador, Uruguay, Vietnam, Philippines, Indonesia, Thailand, Taiwan, Singapore dan Hong Kong.

Spotify akan bekerjasama semula dengan Musixmatch sekali lagi untuk paparan lirik tersebut. Untuk mengakses ciri lirik ini, pengguna hanya perlu membuka skrin Now Playing dan pilihan melihat lirik boleh dilihat pada bahagian bawah skrin tersebut.

Spotify berkata bahawa ciri tersebut akan diaktifkan pada pukul 10am EST hari ini, ataupun 10pm waktu Malaysia malam ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*