Spotify hari ini telah memperkenalkan penawaran pelan langganan baru untuk perkhidmatan penstriman muzik mereka, dinamakan Spotify Premium Duo.

Melalui Spotify Premium Duo, ia membolehkan dua orang individu yang menetap di alamat sama untuk berkongsi dan menikmati dua akaun premium. Seperti biasa, anda boleh menikmati perkhidmatan bebas iklan, sokongan dengar luar-talian, termasuk ciri seperti Duo Mix.

Langkah ini akan memudahkan dua orang pengguna untuk berkongsi langganan, dan menikmati muzik mengikut citarasa masing-masing, dan tidak berkongsi akaun yang sama.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Spotify Premium Duo ini di Malaysia hari ini, dimana ia ditawarkan pada harga langganan RM19.80 sebulan. Pengguna Spotify Premium sedia ada turut boleh beralih ke pakej Premium Duo ini hari ini.

Layari : Spotify Duo

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.