Spotify, TikTok, Pinterest Dan Pelbagai Aplikasi iOS Dengan Integrasi Facebook Menghadapi Masalah Untuk Dibuka

Sejumlah besar aplikasi untuk iPhone hari ini menghadapi masalah untuk dibuka, termasuk aplikasi popular seperti Spotify, TikTok, Pinterest dan sebagainya.

Ia dilihat, aplikasi menjadi tergendala apabila cuba mengakses aplikasi berkenaan, dan terkeluar secara automatik. Ia tidak terhad kepada aplikasi sosial sahaja, malah permua juga turut terjejas.

Buat masa ini, masalah utama disebaliknya masih tidak diumumkan. Tetapi, mengikut tinjauan, ia dilihat berkait rapat dengan integrasi Facebook pada aplikasi masing-masing menghadapi masalah berkenaan. Integrasi ini dilakukan pelbagai aplikasi untuk memudahkan pengguna log masuk menggunakan akaun Facebook.

Bagi anda yang menggunakan iOS, mungkin perlu nantikan sementara supaya masalah pepijat ini dapat diselesaikan, dan pelbagai aplikasi dapat digunakan seperti biasa. Buat masa ini, masalah ini hanya terhad untuk pengguna iOS sahaja, dan tidak memberi kesan kepada pengguna Android.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*