Hampir setiap hari saya akan buka Spotify atau Tidal untuk mendengar muzik. Saya gunakan Tidal apabila ingin fokus dan menikmati sesuatu muzik, manakala Spotify apabila ingin bersahaja kerana ada banyak fungsi – seperti buka di telefon A kawal di telefon B atau terus membuat kawalan melalui Apple Watch. Tetapi, apabila mendengar Spotify pada desktop – amat sukar untuk saya mainkan melalui pembesar suara pintar lain lebih-lebih lagi Chromecast.

Terkini, Spotify untuk desktop telah dikemaskini dengan kemampuan Chromecast terus terbina. Ini bermakna, jika telefon Android atau iOS saya sedang dicas di bilik dan sedang saya membuat kerja di komputer di ruang tamu – saya boleh buka Spotify dan terus mainkan melalui Chromecast. Ia mungkin bukannya satu kemaskini untuk semua, tetapi bagi pengguna Google Assistant, Chromecast pada televisyen – ia adalah amat berguna.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.