Stanford Menghasilkan Eksorangka Kecil Yang Mampu Meningkatkan Kelajuan Berlari

Eksoragka telah dibangunkan untuk kegunaan industri dan juga ketenteraan bagi meningkatkan kemampuan tubuh manusia. Di kilang ia membantu mengurangkan kecederaan ketika bertugas di samping membolehkan pekerja mengangkat beban yang lebih besar. Di Universiti Stanford, eksorangka untuk buku lali telah dibangunkan untuk meningkatkan kelajuan larian.

Eksorangka kecil ini menurut mereka boleh menambah kelajuan larian sehingga 10%. dan memudahkan proses larian sehingga 15% jika dibandingkan dengan tanpa memakainya. Ia dipasang sehingga tahap betis sahaja dan membantu larian menggunakan motor elektrik. Prototaip awal yang dihasilkan menggunakan spring tetapi kajian mendapati ia mengakibatkan kesukaran larian sekitar 11% dan oleh sebab itulah sistem motor elektrik digunakan.

Jadi bagaimanakah ia berfungsi? Motor elektrik menarik kabel yang kemudiannya meluruskan bahagian buku lali. Bantuan mekanikal pada buku lali ini memberikan lonjakan yang menghasilkan larian lebih pantas.

Stanford membayangkan penggunaannya di kawasan bandar sebagai sistem pengangkutan jarak dekat. Dengan bantuan motor elektrik, perjalanan jarak dekat tidak akan lagi memenatkan. Siapa sangka eksorangka yang sebelum ini ditemui di dalam permainan video seperti Death Stranding sebenarnya hampir menjadi realiti.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*