Berita Menarik

Steer – Peranti Boleh Pakai Memberi Renjatan Elektrik Apabila Pemandu Tertidur

Pembaca : 6
0 0

Terdapat banyak kemalangan maut berlaku akibat pemandu yang terlelap kerana kepenatan. Masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan mendapatkan rehat yang mencukupi. Tetapi ramai yang masih berdegil memandu ketika mengantuk. Steer ialah peranti boleh pakai yang cuba menyelesaikan masalah ini dengan memberikan renjatan elektrik.

Peranti boleh pakai ini mengesan nadi dan aliran elektrik pada kulit. Apabila ia menurun, ia adalah petanda pemakai akan terlelap. Penurunan sebanyak 10 unit akan menyebabkan Steer bergetar dan menyalakan lampu. Penurunan sebanyak 13 unit akan memicu sistem renjatan elektrik bagi mengejutkan pemandu. Bateri sebesar 500 mAh yang digunakan mampu memberikan penggunaan Steer sehingga dua minggu.

Steer sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga bermula € 99 (~RM 495). Ini bukan peranti boleh pakai renjatan elektrik pertama yang dihasilkan. Pada tahun 2014 Pavlok dihasilkan dan ia merenjat pemakai yang malas bersenam.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.