Steroid Androgenik Anabolik yang Membuatkan Anda ‘SADO’

Dekad-dekad terkini menyaksikan perubahan persepsi masyarakat terhadap bentuk badan lelaki yang ideal. Trend lelaki bertubuh kekar, berdada bidang dengan lengan berotot semakin mendapat tempat di dada akhbar, layar perak dan bentangan iklan.

Related image

Dari satu sudut, trend ini menyaksikan perubahan sihat dikalangan masyarakat untuk ke gym bersenam, mempunyai tabiat pemakanan sihat dan bersukan. Namun, ramai juga yang mengambil jalan singkat untuk mendapatkan bentuk badan berotot ini dengan pengambilan steroid androgenik anabolik.

Image result for steroid

APAKAH YANG DIKATAKAN STEROID ANDROGENIK ANABOLIK TERSEBUT?

Steroid adalah kelas umum agen atau kompaun yang mempunyai struktur asas kolesterol sama ada sintetik atau natural. Dalam tubuh kita, ada sekumpulan hormon steroid yang mengawal regulasi pelbagai sistem tubuh dari kawalan emosi, pertumbuhan tulang, pembahagian sel darah, regulasi paras mineral sehinggalah penghasilan ovum dan sperma.

Image result for steroid structure

Hormon aldosterone contohnya, adalah sejenis mineralocorticoid yang mengaruh keseimbangan air dan mineral dalam tubuh kita.

Image result for aldosterone

Hormon cortisol pula adalah sejenis glucocorticoids yang mengawal gula dalam darah melalui proses gluconeogenesis.

Related image

Testosterone adalah hormon yang dominan dalam regulasi anabolik dan androgenik tubuh manusia. Testosterone mengawal keadaan androgenik, iaitu sifat kelelakian seperti pertumbuhan rerambut di muka, perubahan suara dan keinginan seks. Ia juga mengawal keadaan anabolik tubuh iaitu kebolehan untuk membina otot dan merangsang pembaikan tisu dengan cepat.

Image result for testosterone

Steroid androgen anabolik (SAA) adalah satu kumpulan kompaun sintetik mirip testosterone. Namun, ia dihasilkan untuk merangsang fungsi anabolik (pertumbuhan otot) dengan  tanpa menghasilkan rangsangan androgenik.

Image result for androgenic anabolic steroids

Kebanyakan SAA disalahguna untuk membina otot tubuh supaya kelihatan kekar dan gagah. Ia juga digunakan oleh para atlit untuk menambah kekuatan fizikal dan endurans.

CONTOH-CONTOH SAA

ANADROL (Oxymetholone) – Digunakan secara klinikal untuk rawatan anemia, osteoporosis dan menggalakkan pertumbuhan otot pada pesakit yang kekurangan nutrisi. Ia antara SAA yang popular disalahguna dikalangan atlit. Kesan sampingan termasuk peningkatan berat badan mendadak, loya, kelesuan, insomnia, priapism. Ia juga boleh mengakibatkan hepatoksisiti.

DIANABOL (Metandienone) – SAA yang boleh diambil secara oral. Penggunaannya menghasilkan peningkatan otot yang signifikan dalam masa yang singkat. Kesan sampingan termasuk gynecomastia, tekanan darah tinggi, kehilangan rambut di kepala. Risiko kerosakan hati juga adalah signifikan.

DECA-DURABOLIN (Nandrolone) – Kegunaan klinikal termasuk untuk meningkatkan kadar penyembuhan dan pemulihan tisu bagi mangsa kebakaran, pesakit AIDS dan kanser yang mengalami penyusutan otot (wasting syndrome). Nandrolone menghasilkan kesan androgenic yang lebih rendah berbanding SAA lain kerana ia dimetabolasikan kepada dihydronandrolone yang kurang poten berbanding testosterone. Namun, penggunaan kerap dan dos yang tinggi tetap menyumbang kepada risiko kegagalan fungsi ereksi dan kegagalan fungsi kardiovaskular.

BAGAIMANA SAA DIAMBIL?

Kebanyakan SAA disuntik terus kebahagian otot. Namun ada juga yang boleh diambil secara oral dalam bentuk tablet atau dicampurkan dalam minuman protein. Ada juga jenis-jenis SAA yang boleh diambil secara sapuan gel atau krim secara topical.

Image result for steroid

KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN SAA

Pengambilan SAA menimbulkan banyak kesan sampingan yang buruk terutama pada kesihatan kardiovaskular. Kesan ini mungkin berlaku secara kekal atau sementara bergantung pada jangka masa pengambilan SAA dan jenis SAA yang digunakan.

Image result for androgenic anabolic

Tabiat penggunaan SAA menyebabkan kerosakan fungsi hati dan buah pinggang. Ia juga menyebabkan pembesaran jantung, tekana darah tinggi, risiko serangan jantung dan strok.

Image result for anadrol side effects

SAA sangat mirip testosterone, kehadirannya dalam tubuh menyebabkan hipotalamus menyangkakanparas testosterone adalah tinggi dalam darah. Ini akan memberikan fungsi timbal balas negatif terhadap penghasilan testosterone. Tanpa testosterone, sperma tidak akan dihasilkan, fungsi seks yang berkaitan juga akan terjejas.

Image result for hypothalamic pituitary testicular axis

SAA MENGHASILKAN CIRI-CIRI KEWANITAAN, BENARKAH?

Testosterone dan estrogen boleh ditukarbalik antara satu sama lain di tisu lemak dengan tindakbalas enzim aromatase. Sesetengah SAA juga mampu ditukarkan kepada bentuk estrogen. Keadaan ini akan memberikan kesan sampingan yang menjurus kepada ciri-ciri kewanitaan pada pengguna SAA. Contohnya gynecomastia, pertumbuhan tisu payudara pada lelaki.

Image result for gynecomastia steroids

Berlainan dengan penyalahgunaan dadah lain, penggunaan SAA tidak akan menyebabkan ketagihan dari sudut psikologi yang besar. Namun, pada sesetengah keadaan, ia akan menghasilkan perubahan mood dan emosi yang tidak stabil.

Seperti penggunaan steroid lain, SAA juga mewujudkan kebergantungan tubuh pada steroid exogenous ini. Penghentian dos SAA juga perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk mengelakkan tubuh berada dalam keadaan ‘shock’.

Sayangi diri. Jauhi dadah!

RUJUKAN

Pope HG, Khalsa JH, Bhasin S. Body Image Disorders and Abuse of Anabolic-Androgenic Steroids Among Men. JAMA. 2017;317(1):23-24. doi:10.1001/jama.2016.17441

Cheung AS, Grossmann M, Physiological basis behind ergogenic effects of anabolic androgens, Molecular and Cellular Endocrinology, Available online 31 January 2017, ISSN 0303-7207, http://dx.doi.org/10.1016/j.mce.2017.01.047.

sumber : rootofscience.com

Write a Comment

view all comments

*