TechSemut Malaysia

Stesen Angkasa China akan terhempas di Kuala Lumpur?

Stesen Angkasa China akan terhempas di Kuala Lumpur?

Stesen Angkasa China akan terhempas di Kuala Lumpur?
November 15
06:21 2017

Kami ditanya oleh para pembaca tentang berita stesen angkasa milik China berkemungkinan akan terhempas di Kuala Lumpur. Ada pembaca yang mula risau, tak kurang juga ada yang mengatakan stesen angkasa terapung-apung di orbit adalah dongeng belaka (*ahem* #bumibukansfera *ahem*).

Mari kita lihat fakta-fakta berkisar berita ini dahulu.

Stesen Angkasa Tiangong-1 milik China dilancarkan pada tahun 2011 untuk misi selama 5 tahun. Tiangong bermaksud “Istana Langit” atau “Heavenly Palace” adalah satu projek menyiarkan simbol kuasa politik China dalam dunia penerokaan angkasa.

Selepas selesai misinya sebagai stesen angkasa pada 21 Mac 2016, Pejabat Kejuruteraan Angkasa China mengumumkan hubungan telemetri dengan Tiangong-1 telah terputus. Ini menimbulkan spekulasi bahawa mereka telah hilang kawalan terhadap stesen angkasa tersebut.

Akhirnya pada bulan September, Pejabat Kejuruteraan Angkasa China mengesahkan spekulasi tersebut yang mana sememangnya stesen angkasa Tiangong telah tidak dapat dikawal dan akan gugur perlahan-lahan dari orbit ke dalam atmosfera sekitar lewat 2017.

Kawasan sasaran impak stesen angkasa ini masih belum dapat dianggarkan dengan pasti. Menurut T.S. Kelso dari Center for Space Standards & Innovation (CSSI), pada awal tahun 2017 altitudnya adalah 360km dari aras laut dan kini telah menyusut ke 310km pada penghujung Oktober 2017. Ia akan terus menyusut dari orbit sehingga ia menempuh kembali atmosfera bumi sekitar hujung Mac 2018.

Sasaran impak hanya dapat dikenalpasti apabila stesen tersebut menempuh kembali atmosfera bumi. Dalam jarak beberapa hari, ia akan terus jatuh di bawah pengaruh graviti. Ketika di dalam tempoh ini, para saintis akan dapat menganggarkan dengan kepastian tinggi di manakan stesen tersebut beserta serpihan-serpihannya akan menghentam permukaan bumi.

Adakah Malaysia dalam bahaya?

Apabila stesen Tiangong-1 jatuh menerusi atmosfera bumi, sebahagian besar stesen tersebut akan terbakar, berkecai dan hangus di udara sebelum sempat sampai ke permukaan bumi. Sungguhpun berat asalnya 8.5 tan, ia akan musnah menjadi serpihan-serpihan kecil.

Namun begitu, J. McDowell seorang ahli fizik astro dari Harvard University melaporkan ada serpihan seberat 100kg mungkin akan kekal hingga jatuh ke bumi. Serpihan seperti ini boleh menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kenderaan. Ia juga boleh menyebabkan kecederaan serius malah kematian sekiranya dihentam oleh objek tersebut.

Di sini kita perlu faham bahawa kebarangkalian ia untuk jatuh di Malaysia adalah amat kecil. McDowell menganggarkan ia boleh jatuh di mana-mana di antara latitud 43 darjah utara dan 43 darjah selatan. Tak dapat nak bayangkan? Rujuk gambarajah di bawah:


Kawasan merah menunjukkan zon anggaran impak antara 43 darjah Utara dan 43 darjah Selatan

Kita boleh lihat di sini kawasan anggaran impak ini sangat luas. Lebih 75% dari kawasan anggaran ini adalah laut. Terdapat banyak lagi negara-negara lain di dalam kawasan ini yang lebih luas dari Malaysia.

Jadi tak perlulah kita terlalu risau. Penyusutan Stesen Angkasa Tiangong-1 sedang diperhatikan dengan teliti oleh pelbagai pihak seperti ESA, NASA, UNOOSA dan CNSA sendiri. Apabila kawasan impak dapat dikenalpasti, kita akan diberitahu segera melalui media.

*Gambar kredit: CSME

China’s Fall Guy: Tiangong-1 Space Lab to crash Early 2018
China’s Tiangong-1 to fall to Earth late 2017
How to see the doomed Tiangong-1 Chinese space station

sumber : rootofscience.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com