Stesen Angkasa Lepas Ini Boleh Anda Lawati Menjelang 2027

Fiskyen sains pernah meramalkan manusia akan mula tinggal di stesen angkasa lepas pada tahun 1999. Realiti tidak menyamai fiksyen dan setakat ini satu-satunya stesen angkasa lepas hanya membuka pintu kepada pelancong dalam jumlah yang amat terhad. Tetapi firma The Gateway Foundation percaya stesen angkasa lepas swasta mereka sedia menerima pelancong seawal 2027.

Pelan Von Braun Rotating Space Station telah diperlihatkan oleh mereka semalam. Dari segi rekaan ia menyamai rekaan Von Braun Wheel yang merupakan idea yang diketengahkan oleh Wernher von Braun pada dekad 50an. Menurut Wernher von Braun stesen berbentuk roda yang berputar ini boleh digunakan sebagai markah pelancaran misi manusia ke marikh.

Von Braun Rotating Space Station boleh menampung sehingga 450 penghuni dan sekadar berfungsi sebagai hotel di angkasa lepas. Ia berputar bagi menghasilkan graviti buatan manusia. The Gateway Foundation menyasarkan pembinaan pada tahun 2025.  Pelancong akan diterbangkan ke hotel angkasa lepas ini dua kali seminggu dengan tempoh penginapan sehingga 14 hari.

Sekiranya hotel angkasa ini berjaya, stesen angkasa The Gateway pula akan dibina bagi membolehkan misi yang lebih mencabar dilakukan. Von Braun Rotating Space Station bukan satu-satunya projek pembangunan hotel angkasa lepas di dunia. Sebelum ini Aurora Station diumumkan pada tahun 2018 tetapi sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai projek ini diumumkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.