Steve Wozniak adalah pengasas bersama dengan Steve Jobs untuk Apple. Tanpa Wozniak, Apple tidak akan berjaya seperti hari ini. Sehingga hari ini, Wozniak dikatakan masih menerima gaji mingguan dari Apple dan beliau juga turut memegang sebahagian saham dari Apple. Baru-baru ini, Wozniak dilaporkan telah menyaman YouTube.

Ya, pengasas bersama Apple ini telah menyaman YouTube – tetapi bukan seperti banyak saman yang Apple dituduh. Wozniak menyaman YouTube kerana kes penipuan iklan Bitcoin. Di YouTube terdapat iklan menipu Bitcoin yang kononnya, apabila mangsa membeli sejumlah Bitcoin dari si penipu – Wozniak akan mengembalikan dalam jumlah yang banyak. Walaupun iklan ini dikatakan telah dilaporkan kepada YouTube, ia masih tidak dibuang dari platform penstriman tersebut.

Lagi satu alasan Wozniak, kenapa beliau menyaman YouTube adalah kerana kes penipuan iklan di YouTube ini secara tidak langsung menjatuhkan reputasi beliau. Dalam kes ini, Wozniak turut meminta YouTube hentikan membenarkan penipu memuat naik video iklan seperti ini atau juga mempromosikannya. Selain daripada Steve Wozniak, ramai lagi orang terkenal seperti Bill Gates dan Elon Musk disertakan dalam video menipu ini dan menyebabkan ramai yang tertipu rugi jutaan ringgit.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*