Share Button

Transcend adalah satu jenama yang popular untuk storan. Terbaru, mereka memperkenalkan storan luar StoreJet 600, yang lebih pantas dan direka khusus untuk kegunaan Mac.

Rupa luaran StoreJet 600 menyerupai gaya peranti Mac. Ia menggunakan perumah besi metalik, yang ringan dan tahan lasak tetapi datang dalam satu warna sahaja, iaitu Space-Gray.

StoreJet 600 adalah storan luar paling pantas dari Transcend. Ia bukan sahaja pantas dalaman dengan kelajuan membaca dan menulis sehingga 470MBps, malah memiliki sambungan yang juga pantas. Ini kerana ia menggunakan sambungan USB 3.1 Gen 2 serta menyokong standard UASP.

Malah, StoreJet 600 telah siap diformatkkan dengan sistem fail HFS+ yang serasi digunakan bersama pelbagai produk Apple, terutama Time Machine, menjadikan ia sedia bertindak sebagai storan pendua bila sahaja diperlukan. Transcend turut memberikan kabel USB-C ke USB-A dan USB-C ke USB-C untuk pengguna boleh mengunakan mana jua sambungan.

Transcend menyediakan aplikasi Transcend Elite yang boleh digunakan di komputer macOS dan Windows. Aplikasi ini memudahkan pengguna menguruskan salinan data, menetapkan enkripsi serta membuat simpanan di awan.

Storan Transcend StoreJet 600 buat masa ini ditawarkan dalam kapasiti 240GB sahaja, bersama jaminan terhad selama tiga tahun. Tetapi belum ada pengumuman tentang harga dan tarikh jualannya. Boleh dijangka, harganya melepasi RM1,000 kerana model StoreJet 500 256GB dijual lebih dari itu. Tetapi ini mungkin bukan masalah untuk pengguna produk Apple.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman produk Transcend StoreJet 600.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.