Subaru kini mengumumkan mereka telah mendapatkan pegangan sebanyak 0.3% pada Toyota Motor Group. Pegangan pada syarikat ini hadir lanjutan daripada kerjasama antara kedua-dua syarikat sebelum ini dalam usaha membantunkan teknologi  swapandu dan kenderaan elektrik.

Sebelum ini, pada 2019 yang lepas, kedua-dua syarikat telah mengumumkan kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik – dan akan menggunakan teknologi berkenaan dibawah jenama masing-masing.

Selain Subaru, sebelum ini Toyota telah meningkatkan pegangan mereka pada Subaru kepada 20% pada tahun lepas.

Kita mungkin mendengar kerjasama dan perkongsian perkembangan lanjut oleh kedua-dua syarikat dalam bulan-bulan akan datang.

Selain Subaru, Toyota turut mempunyai pegangan pada beberapa syarikat lain berdasarkan kepada kerjasama mereka. Sebelum ini, Toyota turut pernah mempunyai pegangan pada Tesla.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.