Subjek pengaturcaraan akan diperkenalkan kepada sekolah tahun depan

Laporan themalaymail mengatakan Menurut CEO MDAC,  Datuk Yasmin Mahmood , Subjek pengaturcaraan akan mula di ajar di sekolah-sekolah malaysia mulai tahun depan dengan mula di ajar untuk pelajar darjah 3 di sekolah rendah. Subjek ini akan di terapkan bersama dengan subjek sains dan matematik di sekolah nanti.

Program yang di beri nama pembangunan digital ini telah di umumkan beliau semasa forum yang di anjurkan oleh pihak google .

Bercakap lanjut mengenai pembelajaran IT, Yasmin mengatakan sebelum ini kita lebih kepada mempelajari IT dalam bagaimana sesuatu perkara seperti perisian digunakan. Kini, kaedahnya berubah kepada bagaimana kita membangunkan atau menghasilkan sesuatu perkara melalui IT.

Usaha ini dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan, dan ia disokong sepenuhnya oleh MDEC. Maklumat lanjut mengenai inisiatif baru ini dijangka akan dikongsikan seawal bulan hadapan.

 

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.