TechSemut Malaysia

Sukar bangun pagi? Spotify dan Google ada jawapannya

Sukar bangun pagi? Spotify dan Google ada jawapannya

Ogos 01
21:15 2018
Share Button

Sukar bangun pagi? Usah bimbang kerana tidak kira sama ada anda suka menekan butang ‘snooze’ atau perlukan kekuatan untuk bangun pagi, Spotify dan aplikasi Clock daripada Google kini mempunyai ‘soundtrack’ yang paling sempurna untuk anda memulakan hari anda.

Bermula pada hari ini, Spotify dan Google bekerjasama bagi membantu pengguna aplikasi ini tidak kira sama ada percuma atau Premium pada telefon Android untuk menetapkan muzik daripada 35 juta lagu dalam katalog Spotify sebagai penggera bunyi unik.

Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Clock daripada Google, sambung serta sahkan akaun Spotify anda, dan anda kini sudah bersedia untuk:

Klik tab ‘Alarms’ untuk mendapatkan cadangan muzik dan mencari dengan mudah serta memilih mana-mana lagu, album, artis atau senarai lagu daripada Spotify untuk menceriakan anda apabila bangun pagi nanti. 

Untuk memastikan anda cergas apabila bangun, Spotify telah mengisi tab di dalam aplikasi Clock daripada Google dengan cadangan peribadi dari senarai muzik yang baru anda dengari, serta senarai lagu pagi yang disusun oleh Spotify seperti I’m Wide Awake, It’s Morning, Have a Great Day!, dan Songs to Sing in the Shower.

Sebaik saja anda menutup penggera terbabit, anda akan diberikan pilihan untuk ‘Continue Playing’ yang membolehkan anda terus mendengar lagu yang dimainkan dan memulakan hari produktif dengan Spotify.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com