TechSemut Malaysia

Super Honor Day Akan Diadakan Pada 8 Jun Di Shopee – Pelbagai Peranti Pada Harga Diskaun

Super Honor Day Akan Diadakan Pada 8 Jun Di Shopee – Pelbagai Peranti Pada Harga Diskaun

Super Honor Day Akan Diadakan Pada 8 Jun Di Shopee – Pelbagai Peranti Pada Harga Diskaun
Jun 05
16:20 2018

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Shopee, sekaligus mengumumkan yang mana mereka akan menganjurkan Super Honor Day pada 8 Jun 2018 ini. Pada acara berkenaan, produk Honor akan diketengahkan pada halaman utama Shopee, selain pada masa yang sama menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada pengguna.

Super Honor Day

Honor mengatakan selain daripada Honor 7A yang akan ditawarkan pada harga diskaun, pengguna juga boleh melihat pelbagai produk Honor lain dengan tawaran hebat. Honor turut mengatakan pengguna akan ditawarkan dengan diskaun sehingga 30% untuk beberapa produk Honor.

Honor juga akan menawarkan Honor 10 dalam pilihan warna hijau pada tarikh yang sama – sekaligus membolehkan pengguna mendapatkannya pada harga RM1599. Honor turut menjanjikan produk yang dibeli pada Super Honor Day ini akan dihantar terus kepada pengguna sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan produk Honor, boleh menandakan kalendar anda untuk 8 Jun 2018 ini, dan mendapatkan pelbagai produk Honor melalui Shopee.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com