TechSemut Malaysia

Surface Laptop Dilancarkan

Surface Laptop Dilancarkan

Surface Laptop Dilancarkan
Mei 03
06:41 2017

Bertepatan dengan imej yang dibocorkan semalam, Microsoft telah melancarkan sebuah laptop baharu yang dinamakan Surface Laptop. Ia telah dilancarkan dalam satu acara pengenalan produk yang turut memperkenalkan Windows 10 S.

Surface Laptop

Surface Laptop Dilancarkan

Surface Laptop mempunyai rekabentuk premium dengan kemasan dan binaan aluminium memberikannya penampilan yang mewah dan bergaya. Menurut pihak media yang hadir di acara pengenalan produk itu di New York, perkara pertama yang disedari mereka apabila mencuba laptop ini adalah bertapa mudahnya membuka skrin. Perkara ini kelihatan remeh, namun ia memberi kesan kepada penampilan premiumnya di mana anda hanya perlu menggunakan sebelah tangan untuk membuka skrinnya dengan bahagian CPUnya kekal tidak bergerak di atas meja. Tidak banyak laptop boleh melakukannya.

Keyboard yang diselaputi fabrik alcantara yang juga digunakan pada keyboard Surface Pro 4 memberikan keselesaan semasa menaip. Menariknya tiada kelihatan sebarang speaker di kawasan keyboard. Ini kerana speakernya telah terbina sebagai sebahagian dari keyboard.

Model asasnya yang berharga USD999 dilengkapi pemproses Core i5, 4GB RAM dan 128GB SSD manakala model dengan Core i7, 8GB RAM dan 256GB SSD berharga USD1,599. Microsoft menggunapakai skin PixelSense 13.5 inci dengan aspect ratio 3:2 yang mempunyai resolusi 2256 x 1504 piksel dan menyokong penggunaan Surface Pen.

Di sebelah kanan laptop itu terdapat penyambung kuasa standard Surface dan di sebelah kiri pula terdapat satu port USB biasa, DisplayPort dan jek headphone. Anehnya Microsoft tidak melengkapkannya dengan port USB-C.

Microsoft mendakwa jangkahayat bateri Surface Laptop adalah 14.5 jam. Syarikat itu juga mengatakan anda boleh meletakkannya dalam mod sleep dan menyambung semula kerja anda beberapa hari kemudian tanpa kehilangan kuasa bateri. Ia didatangkan dengan Windows 10 S, iaitu versi Windows 10 yang lebih ringan dan hanya menjalankan aplikasi dari Windows Store. Walaubagaimanapun, pengguna boleh menaiktaraf ke Windows 10 Pro jika perlu dengan bayaran.

Bagi kami gabungan perkakasan dan perisian yang digunapakai dalam laptop ini agak pelik. Pertama sekali ia dikatakan disasarkan kepada pelajar, tetapi ia mempunyai spesifikasi premium (Core i5 dan i7). Ia dikatakan premium, namun tidak dilengkapi USB-C dan slot kad SD. Tambahan pula ia hanya menjalankan aplikasi yang berada di Windows Store. Ini menghadkan kebolehgunaannya bagi golongan prosumer yang ingin lebih banyak kebebasan penggunaan perisian. Tidak dapat dinafikan pengguna boleh menaiktaraf ke Windows 10 Pro, tetapi mengapa ia tidak didatangkan dengan Windows 10 Pro sahaja. Nampaknya ramai akan membeli laptop ini hanya kerana kecantikannya dan berkemungkinan akan terus menaiktaraf ke Windows 10 Pro setelah membelinya.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com