Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini telah mengeluarkan amaran terhadap penggunaan ATM kriptowang.

ATM kriptowang membolehkan seseorang pengguna untuk membuat pembelian aset digital seperti kriptowang menggunakan wang tunai, kad kredit, kad debit atau edompet. Pada hari ini, terdapat beberapa ATM kriptowang di beberapa lokasi seluruh negara.

Suruhanjaya Sekuriti mengatakan ATM kriptowang dikategorikan dibawah Digital Asset Exchange (DAX) – yang mana memerlukan pendaftaran dengan pihak SC. Apa pun, SC tidak membenarkan sebarang entiti untuk mengoperasikan ATM kripto buat masa ini.

Pihak Suruhanjaya Sekuriti memberi amaran supaya pengguna berhati-hati dan tidak berurusan dengan pihak atau entiti tidak dibenarkan atau tidak berlesen.

Pada masa yang sama, SC turut mengarah semua operator ATM kripto yang tidak dibenarkan di Malaysia untuk menghentikan aktiviti dan operasi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.