Sut Terbang Berkuasa Elektrik Pertama Dibangunkan Oleh BMW

Bayerische Motorenwerke ataupun lebih dikenali sebagai BMW ialah pengeluar kereta dan motosikal berprestasi tinggi. Tetapi mungkin ramai tidak menyedari mereka memulakan operasi pada tahun 1916 dengan menghasilkan enjin untuk kapal terbang. Pada minggu lalu mereka kembali ke fitrah asal dengan memperlihatkan sut terbang berkuasa elektrik pertama dunia.

Sut terbang biasanya menggunakan enjin jet mini menggunakan bahan api fosil. Tetapi Electrified Wingsuit yang dibangunkan oleh BMW i dan Designworks menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Penerbangan pertama sut terbang ini dilakukan oleh Peter Salzmann yang merupakan pelopor sut yang membolehkan beliau meluncur sejurus selepas melompat keluar dari pesawat.

Dua buah enjin elektrik berkuasa 15kW dipasang pada bahagian dada. Ia mampu memberikan tujahan selama lima minit sahaja tetapi memberikan kelajuan luncur sehingga 300 km/j. Ini adalah lebih pantas berbanding hanya sekitar 185 km/j menggunakan enjin jet.

Electrified Wingsuit ialah salah satu usaha BWM untuk menghasilkan sistem tujahan pelbagai kenderaan yang lebih lestari selari dengan sasaran mereka untuk mengeluarkan 7 juta kenderaan elektrik menjelang 2030.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*