SwitchPod Ialah Tripod Yang Direka Khusus Untuk Vlogger

Kerjaya sebagai vlogger kini adalah antara yang paling popular di kalangan anak muda. Ia membolehkan mereka menjadikan minat menghasilkan video sebagai kerjaya yang agak lumayan. Satu perkara yang kami sedari di kalangan Vlogger ialah kesukaran mencari peralatan yang terbaik untuk memudahkan proses penggambaran.

SwitchPod ialah tripod hibrid yang turut boleh berubah menjadi sebuah monopod untuk memudahkan rakaman swavideo. Keunikan SwitchPod berbanding sistem hibrid mono/tripod lain di pasaran ialah ia boleh berubah dari sebuah monopod ke tripod dengan pantas kerana kaki yang berputar.

Di dalam mod monopod, kaki disimpan rapi menggunakan magnet. Dengan sokongan pelbagai jenis sambungan untuk kamera dan telefon pintar. Projek ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $79 (~RM 332) sebatang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.