Syarikat AMD Lancarkan Kad Grafik Baharu Yang Berupaya Untuk Pembelajaran Mesin

SUNNYVALE, California – Syarikat AMD telah mengumumkan produk pertama kad grafik yang berdasarkan reka bentuk unit pemprosesan grafik Vega : ¨Radeon Vega Frontier Edition¨. 

Kad grafik ini datang dengan sumber perisian AMD yang terbuka, perisian ROCm yang berskala penuh, ¨Radeon Vega Frontier Edition¨ membolehkan pemaju untuk meneroka lebih lanjut kecerdasan buatan (AI) dan bidang lain.

Kad grafik ini boleh memberi kuasa yang diperlukan kepada firma reka bentuk dan pembuatan untuk memacu model-model yang semakin besar dan kompleks dan menggunakan visualisasi masa nyata serta pemaparan yang berasaskan fizikal.

Enjin memori ¨Edisi Radeon Vega Frontier¨ juga membolehkan para profesional untuk mendapatkan imej gambaran yang terperinci ¨photorealistic¨ dalam imejan komputer yang dihasilkan.

Kad grafik ini juga memudahkan dan mempercepatkan penciptaan permainan dengan menyediakan GPU tunggal yang boleh dioptimumkan untuk setiap peringkat aliran kerja pemaju permainan, kata AMD.

Kuasa pengiraan dalam Radeon Vega Frontier Edition dan sokongannya untuk ekosistem perisian terbuka juga membolehkan pemaju dan pembikin membuat kandungan realiti maya (VR) dan kandungan video 360 darjah.

(Sumber – Laman Facebook AMD)

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.