Syarikat Mars One Yang Menawarkan Tiket Ke Marikh Dilaporkan Muflis

Marikh ialah planet keempat di dalam sistem suria dan dilihat sebagai planet pertama yang sesuai diduduki manusia. Impian mendiami Marikh bulan lagi fiksyen sains dengan syarikat seperti SpaceX dan Boeing mempunyai perancangan menghantar angkasawan pertama seawal 2022.

Mars One ialah syarikat yang mengumumkan rancangan menghantar pelancong ke Marikh pada tahun 2012. Mereka turut ingin membina koloni manusia pertama di Planet Merah. Menurut laporan media Belanda bulan lalu, Mars One telah memfailkan notis bankrap. Ketika pengumuman pada tahun 2012, ramai pakar menyatakan kerisauan syarikat ini tidak mampu memenuhi janji kerana tidak berkongsi tentang teknologi yang akan digunakan.

Sungguhpun begitu lebih 200,000 individu mendaftarkan minat untuk menjalani misi Mars One. Dari jumlah ini hanya 100 telah terpilih ke senarai akhir. Mars One mengenakan bayaran di antara $5-75 juta (~RM 20.4-305 juta) seorang kepada peserta bergantung kepada kekayaan negara asal mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.