Berita Menarik

Syarikat Telekomunikasi Di Amerika Membeli 33% Pegangan Perkhidmatan Penstriman Muzik, Tidal

Pembaca : 7
0 0

Syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat, iaitu Sprint hari ini telah mengumumkan pembelian sebanyak 33% pegangan dalam perkhidmatan penstriman muzik Tidal. Dengannya, CEO Sprint akan menyertai lembaga pengara Tidal, dan seperti sebelum ini, artis Jay Z akan meneruskan mengetuai menjalankan perniagaan berkenaan.

Harga pelaburan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak, tetapi beberapa sumber mengatakan Sprint membuat pembayaran sebanyak $200 juta untuk pegangan berkenaan.

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang menawarkan pelbagai jenis kandungan dan memfokuskan kepada audio berkualiti tinggi. Ia telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini, namun popularitinya masih agak kurang jikalau dibandingkan dengan pesaing seperti Spotify dan Apple Music.

Tidal sebelum ini dikatakan telah dalam perbincangan bersama pihak Apple untuk menjual syarikat mereka, selain pernah cuba mendapatkan pelaburan daripada Samsung pada awal 2016 lepas.

Dengan pembelian pegangan oleh Sprint ini, syarikat telekomunikasi berkenaan bakal menawarkan perkhidmatan penstriman muzik berkenaan kepada pelanggan mereka, sekaligus membuatkan masa depan Tidal lebih cerah berbanding dengan sebelum ini.

Source: amanz.my

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.