Beijing – Syarikat Xiaomi semalam melancarkan telefon pintar baharunya, Mi 6 yang menggunakan pemproses “Qualcomm Snapdragon 835” untuk berdaya saing semula di pasaran China yang telah dipintas oleh jenama telefon pintar seperti Oppo dan Vivo.

Telefon pintar  Mi 6, juga akan ditawarkan dengan 6 GB RAM, dua kamera belakang untuk mengambil gambar yang lebih tepat, dan akan membawa harga runcit 2,499 yuan (US$363), hampir 50 peratus lebih murah daripada model yang dijual oleh Samsung.

“Kos telefon telah meningkat dengan ketara, tetapi kita masih mahu menyediakan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan,” kata pengasasnya,Lei Jun semasa pelancaran Mi6 di Beijing.

Telefon Mi 6, akan menampilkan dengan kaca yang melengkung dengan bezel keluli tahan karat, dan ditawarkan dalam tiga warna dan boleh didapati di pasaran China melalui dalam talian dan di kedai-kedai bermula pada 28 April.

(Sumber – Facebook XiaomiGlobal)

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.