TechSemut Malaysia

Tablet Berjenama Motorola Kembali Melalui Moto Tab – Terhad Untuk Amerika Syarikat

Tablet Berjenama Motorola Kembali Melalui Moto Tab – Terhad Untuk Amerika Syarikat

Tablet Berjenama Motorola Kembali Melalui Moto Tab – Terhad Untuk Amerika Syarikat
November 14
05:02 2017

Lenovo hari ini telah memperkenalkan sebuah tablet baru dibawah jenama Motorola, iaitu Moto Tab. Walaubagaimanapun, tablet ini terhad untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja dan ditawarkan melalui AT&T.

Dari segi spesifikasi, Moto Tab hadir dengan skrin 10.1-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 625, memori 2GB RAM dan ruangan storan 32GB. Lenovo melengkapkan tablet ini dengan bateri berkapasiti 7000mAh.

Lenovo Moto Tab

Tablet ini turut hadir dengan dua speaker hadapan – dan lebih dioptimasikan untuk memudahkan pengguna menonton video dan sebagainya melaluinya. Ia turut menyertakan sebuah mod khusus dinamakan TV Mode – memudahkan pengguna menikmati kandungan siaran televisyen, kandungan video dan sebagainya dengan mudah menggunakan tablet ini.

Disamping itu, pengguna turut boleh menetapkan sehingga 7 profil berbeza – menjadikan tablet ini mesra untuk kegunaan keluarga.

Beberapa aksesori turut dijangka akan ditawarkan dalam usaha memudahkan pengguna membuat tugasan dan meningkatkan produktiviti – termasuk sebuah papan kekunci yang boleh dibeli secara berasingan.

Buat masa ini, tablet ini ditawarkan di Amerika Syarikat melalui syarikat AT&T pada harga $299.99 iaitu sekitar RM1256.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com