TechSemut Malaysia

Tablet Premium Samsung, Galaxy Tab S3 Disenaraikan Pada Harga RM2999 Di Malaysia

Tablet Premium Samsung, Galaxy Tab S3 Disenaraikan Pada Harga RM2999 Di Malaysia

Tablet Premium Samsung, Galaxy Tab S3 Disenaraikan Pada Harga RM2999 Di Malaysia
Mei 30
05:11 2017

Awal tahun ini menyaksikan Samsung memperkenalkan beberapa tablet, dan salah satunya adalah Samsung Galaxy Tab S3. Kini, nampaknya tablet berkenaan telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia oleh beberapa penjual tempatan.

Galaxy Tab S3

Samsung Galaxy Tab S3 hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci Super AMOLED dengan paparan 2K, dilengkapi cip Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM, dan storan 32GB. Tablet premium ini menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 6000mAh, dan menjalankan Android 7.0 Nougat.

Galaxy Tab S3

Samsung Galaxy Tab S3 ini turut menyertakan sokongan rangkaian 4G LTE, selain membolehkan pengguna melakukan input melalui S-Pen – termasuk untuk tujuan lakaran dan mencatatkan nota. Pengguna turut boleh melakukan input menggunakan papan kekunci fizikal, namun, aksesori berkenaan perlu dibeli secara berasingan.

Jadi, pada harga RM2999, adakah anda akan mendapatkan tablet premium daripada Samsung ini?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com