Jurang kepada teknologi melebar sepanjang PKP ini dengan ramai tidak mempunyai akses kepada peranti dan data Internet untuk PdPR. Hari ini Yayasan Hasanah yang menyelia tabung CERDIK mengumumkan pemberian peranti dan juga data untuk pelajar dari golongan B40 bermula Februari ini.

CERDIK ialah tabung tanggungjawab sosial yang mengumpulkan dana dari 15 syarikat GLC dan GLIC tempatan. Antara yang menyumbang ialah Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Petronas. Yayasan Hasanah akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan sumbangan dapat disasarkan dengan lebih bijak dan kepada golongan memerlukan.

Tabung CERDIK bukanlah inisiatif baru tetapi sebenarnya diumumkan ketika belanjawan 2021 pada November lalu. Dengan dana RM150 juta, CERDIK menyasarkan pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar di 500 buah sekolah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.