Tag TNG RFID Akan Dipasarkan Pada Harga RM35 Bermula 15 Februari 2020

Touch ’n Go sebelum ini telah pun menawarkan pemasangan TNG RFID pada kenderaan secara percuma untuk tempoh terhad. Bergerak kehadapan, dengan perancangan pengenalan sokongan RFID di semua tol PLUS menjelang April 2020 kelak, kini pihak Touch ’n Go mengumumkan sedikit perkembangan baru.

Touch ’n Go mengatakan bermula 15 Februari 2020 kelak, pengguna akan dikenakan cas RM35 untuk pemasangan TNG RFID pada kenderaan. Bayaran ini turut meliputi penggantian kali pertama pada kenderaan yang sama.

Menggunakan TNG RFID, pengguna boleh melalui tol tanpa perlu menyentuh kad atau memerlukan sebarang peranti tambahan. Ia menggunakan pelekat dengan ID khusus yang dihubungkan ke dompet digital Touch ’n Go. Hal ini sekaligus memudahkan lagi pengurusan pembayaran dan tambah-nilai.

Langkah ini juga selari dengan perancangan untuk memperkenalkan lorong aliran bebas pada masa akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*