Tag TNG RFID Boleh Dipesan Dari Lazada Dan Shopee Bermula Esok

TNG RFID mula ditawarkan kepada orang ramai sejak September 2018. Menerusinya pembayaran tol secara pandu lalu nirsentuh dapat dilakukan dengan pemotongan terus nilai kredit dari Touch ‘n Go eWallet. Bagi pelanggan yang berminat untuk menggunakan TNG RFID, proses pemasangan pada waktu ini sedikit sukar kerana kekangan PKPB. Oleh itu TNG RFID kini boleh dipesan terus dari Lazada dan Shopee mulai 16 Mei 2020.

Kita TNG RFID dijual pada harga RM35 – sama seperti kos pemasangan yang diumumkan pada Februari yang lalu. Pemasangan kemudian perlu dilakukan sendiri oleh pelanggan di rumah. Setiap kit yang dibeli akan didatangkan dengan panduan pemasangan dan cara  mengaktifkan sistem.

Melaluinya, proses pembayaran kini lebih pantas dan efisien tanpa sebarang masalah. Pelekat ini turut dihubungkan secara terus ke Touch ‘n Go eWallet sekaligus memudahkan lagi proses tambah-nilai.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*