Tahap Kepuasan Pemilik Apple AirPods Mencecah 98%

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods ialah produk yang paling sukar dimiliki kerana penantian mencecah enam minggu. Sungguhpun mengalami kelewatan, AirPods masih mendapat sambutan yang hangat bagi pengguna iPhone yang ingin hidup tanpa wayar. Sebuah kajiselidik kepuasan pengguna AirPods dilakukan oleh Experian and Creative Strategies mendapati 98% pengguna cukup berpuas hati dengan pembelian mereka.

Seramai 942 pemilik menjalankan kajiselidik dan 82% menjawab amat berpuas hati dan 16% lagi berpuasa hati. Peratusan yang tidak berpuas hati pula adalah amat kecil. Antara faktor kepuasan yang diberikan ialah ia mudah ditambat kepada iPhone, bateri tahan lama, selesa dipakai, mudah dicas dan mempunyai kualiti audio yang baik.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.