TechSemut Malaysia

Tanda Website Ini Jika Anda Hadapi Masalah Untuk Kongsi Gambar Daripada iPhone

Tanda Website Ini Jika Anda Hadapi Masalah Untuk Kongsi Gambar Daripada iPhone

September 19
08:40 2017
Share Button

Bermula esok, iOS 11 akan disebarkan ke seluruh dunia untuk menaik taraf iPhone dan iPad yang terlibat. Ia adalah naik taraf paling besar dalam sejara iOS. Dalam naik taraf terbaru ini, Apple membawakan teknologi Augmented Reality serta menambah baik Siri untuk jadi lebih semula jadi.

Pada bahagian pengimejan, Apple telah memperkenalkan format imej baru iaitu High Efficiency Image File Format (HEIC). Ia dimaklumkan boleh menjadikan saiz fail imej lebih kecil tanpa mengorbankan kualiti berbanding JPEG.

Masalahnya, HEIC hanya disokong oleh Apple, Windows masih tidak boleh membaca fail ini. Maka, pembangun JPEGmini, Beamr telah hadir dengan penukar HEIC ke JPEG.

Kami telah mencuba penukar ini dan ia berfungsi dengan baik walaupun ada sedikit kekurangan.

Daripada satu imej sampel HEIC yang bersaiz 1.59MB, kami berjaya memperoleh imej bersaiz 1.50MB menggunakan penukar dan penukaran terus pada iOS11 menghasilkan imej bersaiz 2.69MB. Tetapi perlu diingatkan bahawa saiz relatif kepada imej asal bergantung pada jenis gambar.

Sebanyak 30 fail HEIC boleh dimuat naik pada satu-satu masa tetapi anda perlu memuat turun satu demi satu selepas ia berjaya ditukar. Satu lagi isu yang pelik adalah semua gambar yang telah ditukar adalah terbalik berbanding imej asal.

Google Drive dilihat sudah mula menyokong format HEIC kerana kami boleh melihat imej HEIC terus melalui Google Drive. iOS 11 pula menukarkan format imej secara automatik apabila anda kepilkan fail berformat HEIC dalam emal.

Layari laman web mereka untuk mula menggunakan penukar HEIC to JPEG.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com