Tarikh Pelancaran Assassin’s Creed Valhalla Dibawa Awal Bersempena Pelancaran Xbox Series X dan S

Assassin’s Creed Valhalla yang asalnya akan dilancarkan pada 17hb November, namun kini Ubisoft membuat pengumuman bahawa permainan ini bakal dilancarkan lebih awal dari tarikh sebenar.

Ya, menariknya, ianya bukan penundaan, tetapi dibawa ke tarikh seminggu lebih awal, iaitu 10hb November bersempena dengan tarikh pelancaran konsol Xbox Series X dan Series S.

Tarikh pelancaran baharu ini bukan sahaja untuk Xbox, malah untuk platform-platform yang lain turut serta, kecuali PS5. Setakat ini kita masih tidak ketahui tarikh pelancaran PS5 dari Sony.

Bagi kami, ianya satu tindakan yang baik kerana tarikh pelancaran asalnya agak hampir dengan permainan yang dinanti ramai, Cyberpunk 2077.

Assassin’s Creed Valhalla bakal hadir ke platform utama seperti PS4, PC, Xbox Series (X & S), Xbox One dan Stadia.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*