Tekken 7 Akan Hadir 2 Jun Hadapan

Maharaja Pertandingan Tinju Besi! Siri Tekken yang popular di arked akan hadir semula ke konsol serta PC pada 2 Jun ini. Pengumuman tarikh pelancaran permainan ini dilakukan menerusi laman PlayStation Blog. Tekken 7 akan menyelesaikan konflik di antara Heishashi dan Kazuya Mishima yang sudah berlarutan lebih dua puluh tahun.

Set edisi khas turut diumumkan dengan dua figura Heihashi dan Kazuya sedang bertelagah. Pra-pesan sudah dibuka dan kepada yang melakukannya akan menerima watak khas Eliza yang sebelum ini muncul di dalam Tekken Evolution. Bagi pengguna PC, spesifikasi minimum dan disarankan akhirnya diketahui seperti tercatit di bawah.

Spesifikasi Tekken 7

Pemproses Paling Minimum
 Intel Core i3-4160 (Haswell, 3.6 GHz)

Pemproses Disarankan
Intel Core i5-4690 (Haswell, 3.5 GHz)

Kad Grafik Paling Minimum
Nvidia GeForce GTX 660 atau
Nvidia GeForce GTX 750 Ti
 

Kad Grafik Disarankan
Nvidia GeForce GTX 1060

RAM Paling Minimum
6 GB

RAM Disarankan
8 GB

Ruang Pemasangan
60 Gigabyte

Sistem Operasi
Windows 7 64bit / 8.1 64bit / 10 64bit

 
Source: amanz

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.