Teknik fokus pada mata, dan recompose, serta cara lain yang efektif

Antara kemahiran yang wajib ada pada setiap jurufoto adalah untuk memastikan setiap gambar sharp terutamanya pada titik POI atau point of interest. Sekiranya POI kita subjek portrait, maka sangat penting untuk kita memastikan mata subjek berada dalam keadaan yang betul betul sharp. Sebagai contoh dalam gambar dibawah… menggunakan 50mm pada aperture 1.8, sebenarnya adalah satu cabaran untuk mendapatkan wajah yang cukup sharp.

Gambar sharp

MENYEMAK SHARPNESS

Oleh itu, setiap kali kita merakam., kita perlulah zoom pada mata dan melihat sendiri adakah mata itu sharp atau tidak. Berikut adalah gambar diatas, saya crop pada bahagian mata saja.

Perhatikan detail pada mata dan wajah subjek cukup jelas dan tajam.

CARA FOKUS UTK HASIL YANG TAJAM

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan sharpness yang tepat. Setiap teknik memberikan cabaran yang berbeza dan mungkin success, mungkin juga akan gagal. Sekiranya kita seorang jurugambar yang mencari makan dengan mengambil gambar, sangat penting untuk mengetahui setiap teknik yang wujud supaya kita tidak panik jika method yang kita pakai waktu itu, tidak memberikan sharpness yang baik.

  1. Gunakan Mode autofocus yang tepat
  2. Pilih titik fokus secara berhati hati
  3. Pastikan subjek mempunyai kecerahan yang secukupnya
  4. Guna manual focus
  5. Pastikan lens dan filter bersih
  6. Focus pada mata dan recompose
  7. Guna Mode Eye-AF

Guna Mode Autofocus yang tepat

Sebenarnya di dalam kamera kini, kita mempunyai beberapa mode autofocus yang perlu dipilih mengikut keadaan pergerakan subjek yang kita rakam. Untuk merakam gambar statik, kita perlu mengambil One Shot/Single Shot (Canon) atau AF-S mode (nikon). Dan untuk merakam gambar subjek bergerak, kita perlu menggunakan Continuous Focus (AI SERVO) (Canon/sony) atau AF-C pada Nikon.  Memahami bagaimana kedua focus mode ini berfungsi boleh membantu kita mendapatkan gambar yang sentiasa sharp.

Bila subjek sedang bergerak, menggunakan AFC atau AI servo adalah pilihan AF mode yang lebih tepat

Oleh itu apabila mempelajari tentang fotografi, antara topic penting yang wajib difahami adalah AF mode ini. Kecuali anda mahu stay pada teknologi lama dan lens manual lama, maka kita boleh la mengabaikan kedua dua teknik focus ini. Bagaimanapun ini akan menyebabkan kerugian kerana anda enggan memudahkan kerja dengan menggunakan teknologi baru.

AF MODES pada kamera tidak semuanya dibina sama. Ada kamera yang yang mempunyai continous focus mode yang hebat dan tangkas, tetapi ada kamera yang tidak mempunyai ketangkasan yang cukup. Malah adakalanya kita akan terasa amat stress kerana camera tersebut tidak mempunyai focus speed yang baik. Banyak sebenarnya kamera yang tidak mempunyai AF yang tepat.

Lensa juga memainkan peranan, ada lensa yang dibina dengan motor yang agak perlahan. Manakala ada yang mempunyai motor yang laju. Ada yang tepat, ada yang sentiasa misfocus. Satu cara untuk mengetahui masalah masalah focus adalah dengan mengujinya. Adalah penting untuk anda mengetahui apakah ketangkasan mode focus yang baik supaya boleh memahami keadaan Autofocus bagi kamera dan lens yang diuji, adakah ia bagus atau tidak.

Cara terbaik untuk mengetahui sendiri performance sesebuah kamera dan lens adalah dengan mengujinya sendiri di bilik showroom kamera tersebut. Sebagai contoh, jika nak uji nikon, pergilah ke show room nikon. Jika mahu menguji sony, pergilah ke show room sony.

Anda juga boleh bertanya tanya pada kawan kawan tentang performance focus bagi setiap kamera atau lens tersebut kepada kawan kawan yang mempunyai lens tersebut.

Merakam pada 1.4 menggunakan AF focus memerlukan teknik AF yang betul supaya subjek kelihatan sharp. Terutamanya apabila menggunakan lens yang sudah berusia . (Sigma 50mm 1.4 EX DG yang telah berumur 8 tahun)

FOKUS PADA MATA DAN RECOMPOSE

Salah satu teknik yang selalu digunakan adalah teknik fokus pada mata dan kemudian kita recompose. Cara ini selalunya kita gunakan titik fokus ditengah kerana titik itulah AF sensor paling sensitive dan menerima cahaya paling banyak. Setelah mendapat fokus, iaitu bunyi beep, kita kekalkan fokus tersebut dengan terus menekan separuh butang shutter release itu. Kemudian kita recompose framing kita, dan tekan penuh shutter release bila dah bersedia.

Cara ini sangat popular sejak kewujudan autofocus dari awal. Akan tetapi hari ini, kebanyakan DSLR dan mirrorless dilengkapi dengan sistem fokus dengan AF sensor yang banyak dan sangat sensitive. Dalam banyak keadaan, fokus pada mata dan recompose sudah agak tidak relevant lagi, terutamanya jika badan kamera anda dibeli dalam masa setahun dua ini.

Teknik ini juga tidak boleh digunakan, atau sangat bahaya digunakan jika anda menggunakan aperture 1.4. Ini kerana Depth of field pada 1.4 adalah terlalu kecil sehingga sedikit perubahan sedikit pun pada jarak, akan menyebabkan gambar tidak focus.

SONY EYE – AF

Sony eye-af adalah satu features yang cuma ada pada kamera sony sekarang. Dalam mode ini, kamera akan terus mencari mata dan memusingkan lens untuk focus pada mata. Saya dapati fungsi ini adalah amat mudah digunakan dan sangat membantu, lebih membantu dari canon dual pixel yang memang sangatlah bagus.

EYE-AF sony membolehkan kita fokus pada mata secara automatik tanpa perlu menggerakkan lens

Kombinasi Eye-AF bersama continous shooting drive mode dan AF-C, amatlah berharga terutamanya untuk subjek bergerak kerana ia sentiasa akan memastikan lens focus pada mata subjek, tidak kira apa yang berada dihadapan subjek.

Artikel-artikel lain :

Share with your friends:

sumber asal : adhadi.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.