Insiden bayi diculik dari wad bersalin amat jarang sekali berlaku di Malaysia. Kes pertukaran bayi pula jauh lebih jarang. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak akan berlaku. Bagi mengelakkan kedua-dua insiden ini berlaku di hospital kerajaan, sistem B-Tag & Trak kini sedang diuji di Hospital Banting.

B-Tag & Track ialah gelang berteknologi RFID yang mengesan kedudukan ibu dan bayi sepanjang masa mereka berada di wad bersalin. Teknologi ini dibangunkan dengan kerjasama ANGKASA (Agensi Angkasasa Negara) dengan kos sekitar RM200,000. Sebanyak 20 gelang ini kini dipakai oleh ibu dan bayi di Hospital Banting untuk projek rintis ini.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dipetik berkata pengguna sistem ini diharap meneguhkan lagi kepercayaan rakyat dengan sistem kesihatan di hospital kerajaan. Pesakit juga tidak perlu risau sistem ini digodam kerana ia dipantau sepanjang masa oleh Cyber Security Malaysia tambah beliau.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.