HTC U atau HTC Ocean telah sedia tertiris pada arena web beberapa kali sebelum ini, dan kini pihak HTC sendiri telah mula menghantar jemputan untuk memperkenalkan sebuah peranti pada 16 Mei ini. Kini, laporan baru hadir mengatakan telefon pintar ini bakal diperkenalkan sebagai HTC U 11.

Pengenalan peranti ini juga akan menjadikan ia sebagai kemaskini kepada keluarga HTC 10 sebelum ini, tetapi pada masa yang sama dikategorikan dibawah keluarga HTC U yang telah diperkenalkan pada tahun ini.

HTC U 11 ini bakal hadir dengan skrin 5.5-inci, dan ditawarkan dalam lima pilihan warna berbeza. Ia juga dijangka hadir dengan fungsi khusus yang dinamakan “Sense Touch” yang membolehkan pengguna berinteraksi melalui bingkai telefon pintar berkenaan.

Seperti biasa, kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai HTC U 11 ini pada 16 Mei 2017 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.