Berita Menarik

Telefon Huawei pertama dengan Android 9 Pie

Pembaca : 11
0 0
Share Button

Huawei P20 dijangka menjadi telefon Huawei pertama dikemaskini dengan Android 9 Pie.

Ia bakal dinikmati pada awal September nanti. Kemudian, Huawei Mate 20 akan menyusul dengan sistem Android oleh Google tersebut.

Android 9 direka untuk menjadikan telefon anda lebih pintar dengan mempelajari dan menyesuaikan diri kepada corak penggunaan anda.

Itulah sebabnya mengapa Android 9 dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Bateri Mudah Suai (Adaptive Battery), yang mempelajari aplikasi-aplikasi yang paling kerap anda gunakan dan mengutamakan kuasa bateri untuk aplikasi tersebut, dan Kecerahan Mudah Suai (Adaptive Brightness), yang mempelajari penetapkan kecerahan kegemaran ketika situasi-situasi berbeza.

Android 9 juga membantu melakukan sesuatu dengan lebih pantas menggunakan Tindakan Aplikasi (App Actions), yang meramalkan apa yang anda mahu lakukan seterusnya berdasarkan konteks, dan memaparkan tindakan tersebut terus pada telefon anda.

Katakan anda sedang bersedia untuk perjalanan ke tempat kerja anda pada pagi hari Selasa: anda akan menerima cadangan tindakan seperti mengemudi ke tempat kerja menggunakan Google Maps atau sambung mendengar buku audio dengan Google Play Books.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.