Berita Menarik

Telefon mewah Lamborghini Alpha-One boleh mula dimiliki

Pembaca : 13
0 0
Share Button

Tidak dapat disangkal, Lamborghini merupakan satu simbol kemewahan, terutama sekali dalam penghasilan kenderaan. Kini gaya mewah Lamborghini boleh dipamerkan menerusi telefon pintar, kerana Lamborghini baru sahaja mengumumkan penjualan Lamborghini Alpha-One, sebuah telefon pintar premium berasaskan Android 7.1.1 Nougat.

Alpha-One mempamerkan hasil mewah Lamborghini, melalui penggunaan materi seperti besi cecair (liquid metal), yang dikatakan lebih tahan lasak dari aloi titanium. Ia didatangkan bersama pelindung telefon diperbuat dari kulit itali asli berwarna hitam dan ditenun dengan tangan.

Depan dan belakang telefon bersama pelindung kulit asli

Melihat kepada spesifikasi pula, ia tergolong dalam kelas flagship tetapi untuk tahun lepas. Pemprosesnya adalah Snapdragon 820 4-teras, bersama 4GB RAM dan 64GB storan. Ia menyokong dua kad sim hibrid, yang berkongsi tempat dengan kad mikroSD sehingga 128GB.

Rekaan belakang badan Alpha One menampilkan rupa premium berkulit lembu asli dari Itali. Dari atas, ia disusun dengan kamera, LED Flash, pengimbas capjari dan diikuti logo seladang merah Lamborghini. Tak dilupakan nama Tonino Lamborghini disematkan di bahagian bawah.

Skrin Alpha-one seluas 5.5-inci, dengan resolusi tajam WQHD 2560×1440. Kapasiti baterinya pula ialah 3,250mAh dan boleh dicas menerusi USB-C yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Berita paling menarik tentang pengecas ini ialah, kabelnya datang bersama tetapi tiada kepala pengecas.

Ya, tiada kepala pengecas dalam kotak telefon Lamborghini Alpha-One. Ia dijual berasingan.

Mungkin sistem bunyi stereo dua pembesar suara di bawah boleh menenangkan pemilik Alpha-One. Telefon ini memiliki cip DAC dan ADC khas untuk sistem bunyi Hi-Fi berkualiti tinggi. Malah, pembesar suaranya juga diterapkan teknologi bunyi sekeliling Dolby Atmos Digital.

Spesifikasi kameranya nampak mantap. 20MP berapertur f1.8 di belakang, menyokong rakaman video UHD 4K dan memiliki penstabil imej optikal dan elektronik (OIS + EIS) bagi gambar yang sentiasa tajam. Kamera hadapan pula 8MP.

Untuk memiliki telefon ini, pembeli perlu membayar hanya USD2,450 (~RM10,492) dan ia telah mula dijual hari ini di Harrods, United Kingdom serta di pelbagai butik mewah di Dubai. Alpha-One turut dijual dalam talian di laman web Lamborghini Mobile dan dilihat boleh dihantar ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Jika anda rasa telefon ini boleh meningkatkan status kehidupan anda, dapatkannya sekarang. Maklumat lanjut tentang telefon pintar mewah ini boleh dirujuk di laman produk Lamborghini Alpha-One.

[SUMBER: TheVerge]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.