TechSemut Malaysia

Telefon Pintar Berjenama Nokia Sah Hadir Awal 2017

Telefon Pintar Berjenama Nokia Sah Hadir Awal 2017

Telefon Pintar Berjenama Nokia Sah Hadir Awal 2017
Disember 02
03:24 2016

Syarikat Finland, HMD, secara rasminya mengumumkan ia memasuki pasaran telefon pintar dengan mengeluarkan telefon pintar berjenama Nokia. Syarikat itu merancang untuk melancarkan telefon bimbit, tablet dan telefon pintar berjenama Nokia (telefon pintarnya akan melarikan Android) di mana set telefon pintar pertamanya akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan.

Telefon pintar berjenama Nokia

Telefon Pintar Berjenama Nokia Sah Hadir Awal 2017

Walaupun HMD tidak memperincikan spesifikasi produk yang akan dikeluarkannya, ia berkata produknya dibangunkan berasaskan kualit dan innovasi di samping ciri-ciri yang menjadi identiti Nokia iaitu rekabentuknya, ketahanannya dan kebolehpercayaannya.

Semuanya kelihatan baik, namun, dikhabarkan tawaran produk pertamanya bukan berspesifikasi tinggi, sebaliknya berspesifikasi sederhana.

Sehubungan dengan itu, sebuah telefon pintar bergelar Nokia 5320 telah diuji beberapa bulan lalu dan keputusan benchmarknya memperlihatkan spesifikasi tinggi. Jadi, ini bermakna, jenama itu tentu akan dapat menawarkan produknya itu tidak lama lagi.

HMD juga akan memperluaskan capaiannya dalam pasaran telefon bimbit yang besar dengan menawarkan telefon bimbit berjenama Nokia, yang dijangka akan menaikkan jualannya memandangkan Nokia sememangnya pengedar telefon bimbit kos rendah utama di arena global.

Walaubagaimanapun, selepas jangkamasa suku pertama 2017, tidak banyak maklumat yang dapat diperolehi dari segi produk yang akan diperkenalkan HMD. Tetapi, berkemungkinan besar syarikat itu akan hadir ke acara MWC 2017 yang akan berlangsung penghujung Februari di mana lebih banyak maklumat mengenai produknya akan diterbitkan.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com