Berita Menarik

Telefon Termurah Dunia RM20 dari india

Pembaca : 14
0 0

India – Sebuah syarikat pengeluar telefon di India telah memulakan penghantaran telefon yang dikatakan ‘termurah di dunia’ selepas beberapa bulan ia dikritik kerana dianggap sebagai scam(penipuan).

Syarikat Ringing Bells sebelum ini mengumumkan ia akan menjual telefon berharga 251 Rupee (RM20) itu lima bulan lepas namun ia kemudian menghadapi sedikit masalah.

Syarikat yang diusahakan oleh bekas peniaga makanan kering, Mohit Goel, 29, itu mula mendapat tekanan selepas menerima 75 juta pesanan dan gerbang pembayaran onlinenya juga tidak dapat diakses berikutan terlalu ramai pengunjung.

Disebabkan itu, beberapa agensi India telah melakukan penyiasatan terhadap syarikat itu – termasuk pihak polis – kerana disyaki menipu. Syarikat itu kemudian membayar balik kesemua wang pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan.

Namun semalam, Ringing Bells akhirnya memulakan penghantaran 5,000 telefon bimbitnya yang akan dijual secara COD.

Spesifikasi : 

Telefon yang diberi nama Freedom 251 itu didatangkan dengan kamera depan 3.2 megapiksel, 8 megapiksel kamera depan, 8GB storan dalaman, skrin 4GB, 1.3 quad-core processor, 1 GB ram dan juga Android 5.1

Biarpun dengan ‘spec’ yang tidak terlalu teruk dengan harganya, telefon itu dipersoalkan dari segi kualiti kerana terlalu murah.

Goel berkata motivasinya dalam memulakan perniagaan telefon ini adalah untuk menghubungkan golongan-golongan miskin dan terpencil di India.

Goel berkata 65 peratus dari bahagian telefon itu dibuat di India manakala yang lainnya di China. – Siakapkeli.my

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.