Telegram sebelum ini telah memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi Android dan iOS. Hari ini, pembangunnya turut mengemaskini perisian Telegram untuk desktop, dan turut menambah sokongan Telegram Calls melaluinya.

Seperti biasa, Telegram Calls untuk desktop turut menawarkan kualiti panggilan yang baik – dan ditambah-baik dari hari ke hari melalui integrasi kecerdasan buatan.

Telegram Desktop

Pengguna boleh membuat panggilan suara dengan klik pada ikon panggilan pada bahagian tepi nama sebarang pengguna, dan ia akan membuka sebuah tetingkap kecil memaparkan panggilan yang sedang dilakukan.

Bagi anda yang menggunakan Telegram Desktop, mungkin boleh mengemaskini perisian anda, dan menikmati Telegram Calls terus melalui desktop – sekaligus menggunakan ia sebagai alternatif untuk Skype, Google Hangouts dan lain-lain.

Muat-Turun Telegram Desktop

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.