Telegram Messenger hari ini telah menawarkan kemaskini Telegram 4.4, dimana melaluinya, pihak Telegram turut menyertakan sebuah ciri baru yang membolehkan pengguna berkongsi lokasi masa-nyata bersama rakan atau ahli keluarga.

Telegram Live Location

Untuk menggunakannya, anda boleh memilih “Location” daripada tetingkap sembang, dan memilih “Share My Location for…“. Pengguna seterusnya boleh memilih untuk berkongsi lokasi selama 15 minit, atau 1 jam atau selama 8 jam.

Ciri ini semestinya memudahkan pengguna untuk berkongsi lokasi semasa mereka – terutamanya ketika mempunyai temujanji untuk bertemu, atau ingin berkongsi lokasi semasa bersama keluarga dan rakan terdekat.

Disamping itu, pihak Telegram turut mengumumkan yang mana mereka kini menyokong bahasa Malaysia. Sekiranya anda menetapkan tetapan bahasa pada telefon anda sebagai bahasa Malaysia – maka anda akan turut melihat paparan Telegram Messenger dalam bahasa Malaysia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.