Semalam, kita telah mendengar Apple disaman kerana tidak membuang aplikasi Telegram, yang dikatakan telah melanggar terma dan polisi Apple AppStore.

Walaupun Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, hari ini Telegram mengumumkan yang mana mereka telah membuang ratusan saluran daripada perkhidmatan mereka kerana melanggar terma.

Telegram mengatakan mereka mempunyai sekitar 2% pengguna dari Amerika Syarikat, dan sejak awal Januari, Telegram telah melihat sejumlah aktiviti berkaitan Amerika Syarikat yang meningkat. Telegram mengatakan mereka telah mula mengambil tindakan dengan memadam sejumlah saluran dari Amerika Syarikat yang mengalakkan keganasan.

Telegra turut mengatakan mereka sedang sambung memproses sejumlah laporan, dan membuang kandungan yang mengalakkan keganasan ini secara proaktif.

Sebelum ini, kita telah melihat serangan di US Capitol, sekaligus membawa kepada pelbagai perkhidmatan sosial mengambil berat berkaitan kandungan yang melalui platform masing-masing – dan pada masa yang sama. Salah satu perkhidmatan yang dilihat menerima impak tinggi ketika itu adalah Parler – yang telah dibuang daripada kedai aplikasi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.