Telegram hari ini telah memperkenalkan ciri perbualan suara melalui saluran Telegram dengan tanpa had nombor peserta.

Menariknya, berbeza dengan ciri bual suara yang terdapat pada Telegram Groups, pada Telegram Channel, ciri ini ditawarkan dengan fungsi lebih kurang seperti Clubhouse.

Melaluinya, pentadbir sesuatu saluran  boleh menjana pautan jemputan, menetapkan tajuk atau topik perbualan, selain menetapkan siapa yang boleh bercakap.

Menariknya, perbualan suara ini turut boleh dirakam dan dikongsikan terus ke saluran berkenaan selepas habis perbualan – membolehkan mereka yang terlepas untuk turut mendengarnya.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri ini hari ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.