Berita Menarik

Telekom Malaysia Kini Menawarkan [email protected] Secara Percuma Untuk Semua – Sehingga 31 Disember

Pembaca : 7
0 0

Telekom Malaysia sedia menyediakan perkhidmatan WiFi secara percuma untuk pelanggan mereka. Kini dengan penjenamaan semula yang sedang dilakukan oleh Telekom Malaysia, kini TM turut menjenamakan semula penawaran Wifi percuma, dibawah nama [email protected]

Bersempena dengan penjenamaan semula ini juga, pihak TM menawarkan akses [email protected] kepada semua pengguna – walaupun bukan pelanggan TM. Penawaran percuma ini disediakan daripada hari ini sehingga 31 Disember 2017 kelak.

TM mengatakan pengguna boleh mengakses [email protected] ini tanpa perlu login sehingga 31 Disember ini, dan menikmati internet percuma sehingga 4Mbps di lebih 4000 premis seluruh negara. Pengguna akan diperlukan menonton iklan selama 15 saat sebelum dapat mengakses internet – dan boleh menggunakan ia sehingga 500MB.

Melalui laman TM, mereka turut mengatakan yang mana Telekom Malaysia akan menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan pengguna mengetahui lokasi berdekatn [email protected] dan sebagainya. Walaubagaimanapun, semakan kami mendapati tiada lagi aplikasi berkenaan di Google Play Store dan App Store buat masa ini.

Layari : [email protected]

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.